Pejabat Teknologi Digital, Pejabat Penolong Naib Canselor (Infrastruktur Dan Digital) UTeM
Pejabat Teknologi Digital (PTD) telah ditubuhkan secara rasminya apabila Pengurusan Universiti bersetuju dengan pengorganisasi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), rujuk Pekeliling Pentadbiran Bil.41/2026 bertarikh 6 Ogos 2026.
Pejabat Teknologi Digital (PTD) telah diberi penarafan sebagai Pihak Berkuasa Universiti yang berstatus Pusat Tanggungjawab (PTJ).
Pejabat Teknologi Digital (PTD) beroperasi di bangunan Hub Digital UTeM.
FUNGSI DAN PERANAN
Menyelaras tadbir urus dan operasi pentadbiran pejabat, merangkumi Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Mesyuarat, Pengurusan Aset/Stor dan Pengurusan Kewangan.
Merancang, melaksana, menyelaras dan tadbir urus Pengurusan Maklumat dan Informasi Universiti merangkumi Pengurusan Teknologi Maklumat, Pengurusan Pusat Sumber Rujukan dan Repositori dan Pengurusan Penerbitan.
Memantap dan mengukuhkan tadbir urus Pengurusan Informasi dan Maklumat Universiti ke arah pembangunan komuniti berpengetahuan.
Peneraju perubahan melalui penjajaran Pelan Strategik ICT UTeM dan Pelan Strategik UTeM dengan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Nasional.
Bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran Teknologi Maklumat yang dapat memberi sumbangan ke arah kecemerlangan akademik dan kecekapan pentadbiran.
Ketersediaan berfungsi sebagai repositori, rujukan umum dan sebagai satu entiti utama yang khusus dalam menyediakan perkhidmatan rujukan dan perujukan selaras dengan visi dan misi strategik institusi.
Penyebaran dapatan penyelidikan dan penemuan baru ilmuan Universiti melalui penerbitan buku-buku, jurnal dan sebagainya bagi memenuhi keperluan semasa pendidikan tinggi dan memperkayakan koleksi akademik sebagai sumber rujukan.
Penyaluran maklumat secara efektif, kreatif dan inovasi dalam aspek penerbitan, menggunakan kaedah teknologi IT ke arah merealisasikan misi dan visi UTeM.