Skip to main content

ALUAN PENGARAH PEJABAT TEKNOLOGI DIGITAL

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam sejahtera dan selamat datang ke laman web Pejabat Teknologi Digital (PTD), Pejabat Penolong Naib Canselor (Infrastruktur dan Digital), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Dalam mendepani era digital yang pantas berubah, PTD komited untuk menerajui transformasi digital UTeM melalui penyediaan infrastruktur, infostruktur, aplikasi dan perkhidmatan ICT yang inovatif, selamat, berdaya tahan serta berimpak tinggi.

Sebagai sebuah pejabat strategik universiti, kami akan terus memperkukuh ekosistem digital, memanfaatkan data dan teknologi terkini serta menyokong aspirasi “Kampus Cerdik” demi meningkatkan kecekapan tadbir urus, kecemerlangan akademik dan pengalaman warga UTeM.

Dengan berpegang pada aspirasi untuk membentuk komuniti universiti digital yang progresif, berdaya saing dan bersedia menghadapi masa hadapan, PTD akan terus melangkah ke hadapan sebagai pemacu inovasi serta rakan strategik dalam merealisasikan visi digital UTeM.

Terima kasih kerana melawat laman web kami. Semoga platform ini menjadi sumber maklumat dan perkhidmatan digital yang bermanfaat kepada seluruh warga UTeM serta para pelanggan.

Sekian, terima kasih.

TS. ZAINUDIN BIN SALLEH
Pengarah Pejabat Teknologi Digital,
Pejabat Penolong Naib Canselor
(Infrastruktur Dan Digital) UTeM



© Pejabat Teknologi Digital, Pejabat Penolong Naib Canselor (Infrastruktur Dan Digital)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka.